Solat Jumaat ialah solat 2 rakaat dalam waktu Zohor
pada hari Jumaat didahului dgn 2 khutbah dgn syarat-syarat yang
tertentu. Solat Jumaat adalah Fardhu Ain kepada setiap lelaki Islam yang
cukup syarat-syaratnya.
Firman Allah SWT ;

"Wahai orang-orang yang beriman,
apabila diseru azan untuk mengerjakan solat pada
hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (masjid), untuk mengingati Allah (solat Jumaat),
dan tinggalkanlah jualbeli. Demikian itu adalah lebih baik, jika kamu mengetahuinya"
ayat 9 : Surah al-Jumaat
hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (masjid), untuk mengingati Allah (solat Jumaat),
dan tinggalkanlah jualbeli. Demikian itu adalah lebih baik, jika kamu mengetahuinya"
ayat 9 : Surah al-Jumaat
SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT
1. Islam
2. Baligh
3. Lelaki
4. Berakal
5. Berkemampuan
6. Merdeka
7. Bermukim
2. Baligh
3. Lelaki
4. Berakal
5. Berkemampuan
6. Merdeka
7. Bermukim
BERMUKIM, BERMASTAUTIN, DAN
BERMUSAFIR
1. Bermusafir ialah orang yang dalam perjalanan lebih
daripada dua marhalah (lebih kurang 98 km). Solat Jumaat yang
dikerjakan adalah sunat dan tidak dikira dalam bilangan 40 orang
ahli Jumaat.
2. Bermastautin ialah orang yang tinggal menetap di
sesuatu tempat dan tidak berhajat untuk berpindah ke tempat lain. Solat
Jumaat adalah wajib kepadanya dan termasuk dalain bilangan 40
orang ahli Jumaat.
3. Bermukim ialah orang yang tinggal di sesuatu tempat dan tidak
berhajat untuk menetap di situ selama-lamanya. Solat Jumaat
adalah wajib baginya tetapi tidak termasuk dalam bilangan 40
orang ahli Jumaat.
SYARAT-SYARAT SAH SOLAT JUMAAT
1. Ditunaikan pada tempat khas.
2. Dituniakan dalam waktu Zohor.
3. Secara berjemaah.
4. Sekurang-kurangnya mengandungi 40 orang jemaah tidak termasuk imam.
5. Didahului 2 khutbah sebelum solat Jumaat.
2. Dituniakan dalam waktu Zohor.
3. Secara berjemaah.
4. Sekurang-kurangnya mengandungi 40 orang jemaah tidak termasuk imam.
5. Didahului 2 khutbah sebelum solat Jumaat.
HUKUM MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT
عَنْ أَبِي الْجَعْدِ الضَّمْرِيِّ وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ
"Dari
Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa yang
meninggalkan solat
Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya drp
menerima petunjuk"
Hadith riwayat Abu Daud
لَيَنْتَهِيَنَّ
أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمْ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللَّهُ عَلَى
قُلُوبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُونُنَّ مِنْ الْغَافِلِينَ
Orang ramai hendaklah
berhenti drp melupakan solat Jumaat atau Allah menutup hati mereka,
kemudian mereka termasuk dalam golongan yang lupa. Hadis
riwayat Muslim, Ahmad dan Nasaie.
لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلًا يُصَلِّي
بِالنَّاسِ ثُمَّ أُحَرِّقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُونَ عَنْ الْجُمُعَةِ
بُيُوتَهُمْ
Aku bercadang untuk memerintahkan
orang lain mengimamkan solat, kemudian membakar rumah-rumah mereka yang
meninggalkan solat Jumaat. Hadis riwayat Muslim dan
Ahmad.
KHUTBAH JUMAAT
Khutbah Jumaat adalah ucapan atau syarahan
yang disampaikan oleh khatib sebelum solat Jumaat yang mengandungi
nasihat, peringatan, pengajaran kepada jemaah Jumaat.
Khutbah Jumaat adalah salah satu drp syarat sah
solat Jumaat, tanpanya, solat Jumaat tidak sah. Jadi, khutbah Jumaat itu
adalah WAJIB.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَخْطُبُ
يَوْمَ
الْجُمُعَة
ِ قَائِمًا ثُمَّ يَجْلِسُ ثُمَّ يَقُوم
"Dari Ibnu Umar RA
meriyatkan bahawa Rasulullah SAW berkhutbah pada hari Jumaat
secara berdiri, kemudian baginda duduk, kemudian baginda berdiri"
Hadis riwayat Muslim
RUKUN KHUTBAH JUMAAT
1. Memuji Allah spt Alhamdulillah
2. Membaca selawat ke atas Nabi SAW
3. Mengingatkan para jemaah supaya bertaqwa kepada Allah spt Ittaqullah (إتق الله)
4. Membaca sekurang-kurangnya satu ayat al-Quran dengan lengkap
5. Mendoakan kesejahteraan kaum muslimin sekurang-kurangnya

اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُســلِمِينَ وَالْمُسْـلِمَاتِ
وَالْمُؤمِنِينَ وَالْمُؤمِنَات
SYARAT-SYARAT SAH KHUTBAH JUMAAT
1. Telah masuk waktu Zohor
2. Didahulukan bacaan Kutbah drp Solat Jumaat
3. Membaca rukun Khutbah dalam bahasa Arab
4. Dilakukan berturut-turut antara 2 khutbah dan antara khutbah dgn solat Jumaat
5. Khatib hendaklah seorang lelaki
6. Khatib hendaklah berdiri jika mampu
7. Khatib hendaklah duduk sebentar antara 2 khutbah
8. Khatib hendaklah menutup aurat
9. Khutbah hendaklah disampaikan dgn jelas dan terang sehingga dapat didengar dan difahami oleh sekurang-kurangnya 40 orang jemaah.
10. Khatib hendaklah suci badan, pakaian dan tempat drp najis.
11. Khatib hendaklah suci drp hadas besar dan hadas kecil (berwudhuk)